MADRID 5 Mei – Girona bakal beraksi di liga utama Sepanyol buat pertama kali musim depan setelah mencatat keputusan seri 0-0 dengan Real Zaragoza dalam saingan Divisyen Segunda.
Skaud Albirrojos hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan diri ke La Liga yang turut disertai juara Eropah baharu Real Madrid selain Barcelona dan Atletico Madrid.
Keputusan seri itu juga turut mengesahkan kedudukan Zaragoza yang selamat daripada tersingkir ke divisyen bawahan.
Levante sudah pun mengesahkan kembali kepulangannya ke La Liga selepas muncul juara Divisyen Segunda, dengan slot terakhir ke liga utama Sepanyol itu bakal ditentukan menerusi perlawanan play-off yang dijadual berlangsung pada jadual musim terakhir, minggu depan.