Bagaimanapun ketiadaan Ha­zard sepanjang tempoh tersebut tidak menjejaskan re­putasi negaranya dalam menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia apabila Belgium mudah menundukkan Repu­blik Czech 2-1 dalam perlawanan persahabatan hari ini.

Belgium akan menentang Estonia dalam perlawanan kelayakan pada Jumaat ini tetapi kecederaan yang menimpa Hazard tidak dilihat sebagai masalah untuk skuad negaranya yang dipenuhi bintang ternama.

Ketiadaan Hazard yang ce­dera ketika menjalani latihan menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia berjaya diisi dengan baik oleh rakan sepasukannya dalam Chelsea, Michy Batshuayi yang menjaringkan gol pembukaan ketika menentang Republik Czech.

Gol kedua Belgium pula dijaringkan bintang Manchester United, Marouane Fellaini manakala gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Michael Krmencik hasil kesilapan antara Kevin De Bruyne dan penjaga gol Thibaut Courtois.

“Eden Hazard menjalani pembedahan dengan jayanya selepas mengalami keretakan buku lali kanan ketika berlatih bersama skuad kebangsaan Belgium. Dia dijangka dapat kembali berlatih kira-kira tiga bulan lagi,” kata kenyataan yang dikeluarkan kelabnya Chelsea.

Hazard, 26, juga menyiarkan gambar dia terbaring di katil hopsital dalam Twitter sambil menitipkan catatan buat peminat-peminatnya.

“Semua berjalan lancar me­ngenai pembedahan pada buku lali saya. Sekarang masa untuk bermulanya proses pemulihan. Saya akan tabah menghadapi­nya. Terima kasih di atas soko­ngan anda,” tulis pemain itu, yang kini diburu Real Madrid dengan menawarkan yuran perpindahan tertinggi di dunia.

Tanpa Hazard, Belgium masih mempunyai ramai pemain handalan seperti Christian Benteke, Vincent Kompany, Thomas Vermaelen dan Romelu Lukaku yang mampu membawa skuad itu layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia sekali gus mele­takkan mereka sebagai pasukan yang perlu diberikan perhatian tahun depan.