Dalam senarai ranking terbaharu kelab sukan paling kaya yang dikeluarkan majalah itu, United sekali lagi bukan sahaja memintas tetapi juga mengatasi kedudukan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid yang menghuni tempat pertama tahun lalu.
Menurut kajian Forbes, faktor jenama dan strategi penajaan yang agresif banyak membantu United menduduki tempat teratas kelab paling berharga buat kali pertama dalam tempoh lima tahun dengan memiliki aset kekayaan bernilai AS$3.69 bilion (RM15.72b).
Kejayaan Real Madrid menjuarai Liga Juara Juara Eropah buat tahun kedua berturut-turut baru-baru ini juga tidak banyak membantu mereka melonjakkan kedudukan sebaliknya United tetap unggul dari segi nilai komersial apabila berjaya menjana pendapatan AS$765 juta (RM3.3b) pada musim 2015-16, lebih AS$77 juta (RM328j) berbanding Barcelona dan Real Madrid yang kini menduduki tempat kedua dan ketiga paling berharga di dunia.