Skuad La Roja itu terlebih dahulu berada di depan pada minit ke-22 menerusi jaringan David Silva sebelum Edwin Cardona menghukum kelekaan benteng pertahanan Sepanyol apabila menyamakan kedudukan lima minit sebelum babak pertama tamat.

Penjaring terbanyak Colombia, Radamel Falcoa meledak gol ke-26 bersama skuad kebangsaannya apabila menggandakan kedudukan pada minit ke-55.

Sepanyol telah beraksi dalam sembilan perlawanan sejak Lopetegui mengambil alih tugas daripada Vicente del Bosque selepas Euro 2016 melakar enam kemenangan dan selebihnya seri manakala Colombia kekal tanpa kalah dalam tujuh aksi persahabatan di Eropah di bawah kendalian Jose Pekermen.

Ketika permainan berbaki tiga minit menuju tamat, Morata menanduk masuk gol penyamaan setelah menerima hantaran lintang daripada Saul Niguez.