Penghijrahan pemain skuad bawah 21 (B-21) England itu melibatkan nilai 30 juta pound (RM163.29 juta), sekali gus mengatasi harga Fraser Forster iaitu 10 juta pound (RM 54.43 juta) yang dibayar oleh Southampton kepada Celtic pada 2014.

Pembelian itu juga meletakkan Pickford sebagai penjaga gol ketiga termahal di dunia, di belakang pemain baharu Manchester City, Ederson (RM190.73)juta dan legenda Itali, Gianluigi Buffon (RM252.81 juta).

Pickford menandatangani kontrak lima tahun dan bakal menjadi pilihan utama Ronald Koeman untuk mengisi posisi penjaga gol selepas Maarten Stekelenburg serta Joel Robles gagal kekal konsisten dalam saingan musim lalu.

“Musim lalu adalah penampilan Liga Perdana Inggeris pertama saya, jadi ini peluang yang saya perlu ambil untuk terus maju dan tunjukkan kepada semua yang saya mampu tampil hebat bersama Everton.

“Ia kelab yang hebat. Saya fikir ia peluang dan masa yang sesuai untuk menyertai kelab ini. Saya mahu jadi yang terbaik untuk bantu pasukan,” katanya dalam laman web Everton.