Perkara itu ditegaskan oleh timbalan presidennya, Datuk Hazian Murad yang tidak akan mengubah sasaran utama Felcra FC biarpun berdepan aksi kurang konsisten ketika dibimbing oleh bekas jurulatih, Yusri Che Lah yang telah ditamatkan kontrak baru-baru ini.

“Saya sudah banyak kali tegaskan sasaran ini dan telah memaklumkan kepada Rosli tentang tanggungjawab yang besar ini, dia bersedia menyahut cabaran dan saya percaya dengan kemampuannya.

“Selepas enam perlawanan yang dibimbingnya, saya dapat lihat kemampuan dia. Mengenai Yusri…jodohnya tidak panjang dengan kita tetapi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepadanya sepanjang membimbing Felcra,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa Felcra FC bersama media di Bangi, baru-baru ini.

Berdasarkan kedudukan Liga FAM, Felcra berada ditangga keempat liga dan berpeluang besar untuk layak ke peringkat suku akhir yang dijadualkan bermula pertengahan Ogos ini.

Sementara itu, Rosli yang merupakan bekas pemain Kuala Muda Naza bersedia menyahut cabaran itu dan sedar tekanan besar dihadapinya.

“Saya telah bersedia hadapi cabaran ini, lagipun pasukan berada di landasan betul untuk mencapai sasaran pengurusan tertinggi iaitu layak ke Liga Perdana dan saya akan cuba memberi yang terbaik,”katanya.

Dalam pada itu, Felcra FC turut melantik bekas jurulatih penjaga gol bawah 22 tahun negara, Megat Amir Faisal selaku jurulatih penjaga gol selain membawa tiga muka baharu untuk menguatkan pasukan iaitu Mohd. Rahizi Mohd. Ali (Negeri Sembilan), Ravindran (MIFA) dan Aliff Samsudin (Melaka United).