Parma turut mengumumkan bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo yang pernah menyarung jersi kelab itu pada 1996 hingga 2000 dan kembali semula pada 2010 sebelum menamatkan kariernya di sana dilantik menjadi naib presiden kelab.
Kelab yang pernah memenangi Liga Juara-Juara pada 1995 dan 1999, diisytiharkan muflis pada dua musim lalu selepas menamatkan kempen Serie A di tangga tercorot sebelum beraksi di divisyen keempat namun mereka berjaya dinaikkan pangkat dua tahun berturut-turut.
Lizhang sudah pun memiliki satu kelab Sepanyol, Granada serta memiliki lima peratus saham dalam pasukan bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan (NBA), Minnesota Timberwolves.
“Saya percaya dengan rakan kongsi baharu ini, dikelilingi individu yang menyanyangi Parma seperti Hernan dan memberi sokongan kepada pengurusan semasa mampu mencambah kelab ini yang sebelum ini tidak pernah dilakukan dan ia juga memberi peluang terbaik kepada dunia bola sepak.
“Adalah benar untuk dikaitkan dengan nilai-nilai pada masa lalu namun untuk mengubah dunia anda tidak perlu terlalu takut dengan perkara baharu,” kata pengarah Parma, Marco Ferrari.
Parma dinaikkan pangkat untuk beraksi dalam Serie B pada Sabtu lalu selepas mereka menewaskan Alessandria 2-0 dalam perlawanan akhir playoff Lega Pro.