Selepas gagal meraih gelaran La Liga pada musim lalu, selain tewas kepada Juventus pada suku akhir Liga Juara-Juara, Barcelona mahu berbelanja besar bagi mendapatkan pemain yang mampu meningkatkan prestasi pasukan dalam tempoh masa singkat.
Pemain seperti Hector Bellerin, Marco Verratti dan Ousmane Dembele menjadi buruan gergasi bola sepak Sepanyol itu bagi memperkemaskan posisi pertahanan, tengah dan serangan.
Bagaimanapun, Arsenal, Paris Saint-Germain (PSG) dan Borussia Dortmund masih enggan menjual pemain tersebut, sekali gus memerlukan Barcelona bersedia mencari pengganti lain.
Fernandez berkata, dia mendapat maklumat banyak kerja di sebalik tabir sedang berjalan ketika ini.
“Semua sedang berjalan kerana kami mahu memperkuatkan pasukan dan perlu menandatangani nama-nama besar,” katanya.
Begitupun Fernandez mengakui, Barcelona berdepan kesukaran untuk meyakinkan pemain kerana mereka sedar persaingan dalam kelab itu amat kompetitif.
“Masalah terbesar kami adalah pemain sedar mereka belum pasti dapat berada dalam kesebelasan utama.
“Bagaimanapun dalam situasi sukar begini, kami masih berjaya menandatangani beberapa pemain utama musim lalu,” kata Fernandez.