Muncul sebagai penjaring terbanyak untuk negaranya dalam 113 penampilan setakat ini, gol pendahuluan Sanchez itu bagaimanapun dinafikan gol penyamaan Lars Stindl untuk kedua-dua pasukan kini mengumpul empat mata selepas dua perlawanan.

Sebelum ini, Chile menewaskan Cameroon 2-0 manakala Jerman menundukkan Austra­lia 3-1. Chile kini mengungguli Kumpulan B dengan kelebihan perbezaan jaringan selepas Cameroon dan Australia juga mencatat keputusan seri 1-1.

“Saya bangga dengan cara kami bermain. Memang kami kecewa tetapi itu perkara biasa. Ini merupakan perlawanan berkualiti tinggi yang mana pa­ling penting kami membuktikan kami mampu bersaing di peringkat terbaik,” kata jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi.

Gol ke-38 Sanchez hari ini memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh Marcelo Salas.

Bagi Jerman pula, keputusan seri itu mengekalkan rekod tanpa kalah mereka dalam 12 perlawanan antarabangsa. Kali terakhir Jerman kalah adalah dalam separuh akhir Euro 2016.

Chile akan berdepan Austra­lia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan manakala Jerman akan menentang Ca­meroon selepas ini.