Bagaimanapun, Harimau Selatan kini di landasan terbaik untuk mencipta kejuaraan keempat berturut-turut apabila memiliki kelebihan enam mata ke atas dua pencabar terdekatnya, Pahang dan Kedah yang berkongsi 24 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Saingan Liga Super akan bersambung esok selepas berehat lebih sebulan sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Jurulatih Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff bagaima­napun percaya, peluang untuk mencabar kejuaraan masih terbuka dengan perlawanan berbaki sembilan perlawanan.

Mengambil pendekatan memberi tumpuan dari satu perlawanan ke satu perlawanan, Nidzam tidak rela pasukannya tercicir mata di laman sendiri apabila menentang Perak di Alor Setar, esok.

“Untuk bergelar juara itu mungkin sedikit sukar tetapi kita akan terus berjuang hingga akhir musim, namun untuk menamatkan saingan di kedudukan empat terbaik mampu direalisasikan.

“Kita anggap setiap perlawanan adalah aksi final, Perak me­rupakan pasukan yang baik dan memiliki pemain yang bagus tetapi beraksi di laman sendiri memberi kita kelebihan (sokongan padu penonton) dan saya tidak rela untuk terlepas tiga mata penuh,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam aksi pusingan pertama, Kedah dan Perak terikat 1-1 di Ipoh.

Sementara itu, pe­ngendali Felda Uni­ted, B. Satianathan, menyasarkan kelompok empat teratas liga selepas pasukan itu menjalani rombakan besar-besaran perte­ngahan musim ini.

Felda memanfaatkan sepenuhnya jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia de­ngan merekrut beberapa ramai muka baharu.

Ia membabitkan tiga pemain import, iaitu Thiago Augusto Fernandes, Dino Djulbic dan Ifedayo Omosuyi, serta beberapa pemain tempatan, antaranya Curran Singh Ferns, K. Prabakaran dan Safwan Hashim.

“Saya harap separuh kedua liga tidak akan berlaku seperti separuh pertama musim ini di mana kami bolos dengan banyak.

“Dengan adanya Thiago, saya yakin masalah jentera serangan yang tumpul mampu diatasi,” katanya yang akan menerima kunjungan Pahang di Jengka.

Dalam pada itu, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic yakin keserasian yang ditunjukkan anak didik­nya semasa latihan dapat dapat diterjemahkan dalam perlawanan sebenar.

“Saya gembira kerana semua pemain faham erti kerjasama. Dua import baharu (Gilmar Jose Da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira) juga mempamerkan kualiti.

“Apa yang penting, setiap pemain perlu tahu tugas dan tanggungja­wab masing-masing di samping fokus terhadap setiap arahan yang diberi,” katanya.

hari ini

PKNS FC lwn MELAKA

(Stadium Shah Alam)

KEDAH lwn PERAK

(Stadium Darul Aman)

SELANGOR lwn T-TEAM FC

(Stadium Majlis Perbandaran Selayang)

KELANTAN lwn SARAWAK

(Stadium Sultan Mohamad Iv)

FELDA UTD FC lwn PAHANG

(Stadium Tun Abdul Razak)

JDT lwn PULAU PINANG

(Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos)

P M S K J B Mt

JDT 13 9 3 1 29 11 30

PAHANG 13 7 3 3 31 17 24

KEDAH 13 6 6 1 27 18 24

PERAK 13 4 6 3 18 22 18

KELANTAN 13 6 2 5 26 21 17

SELANGOR 13 4 5 4 17 16 17

FELDA UNITED 13 4 5 4 16 15 17

T-TEAM 13 5 4 4 19 21 16

PKNS FC 13 2 5 6 22 26 11

SARAWAK 13 2 5 6 12 18 11

MELAKA UNITED 13 2 5 6 13 28 11

PULAU PINANG 13 1 3 9 10 27 6