“Saya bangga dapat terus bersama kelab ini bagi tempoh satu tahun lagi,” kata Torres yang kali pertama menyertai kelab itu dalam usia 11 tahun dan telah membuat 294 penampilan bersama Atletico.

Selepas membuat penampilan pertamanya bersama pasukan pada 2001, penyerang tersebut menyertai Liverpool pada 2007.

Torres turut menyertai Chelsea dan AC Milan sebelum pemenang dua kali Euro dan Piala Dunia 2010 itu kembali menyertai Atletico pada 2015.