Pemain berusia 24 tahun itu telah menandatangani kontrak selama lima tahun, genap seminggu selepas dia membantu negaranya menjuarai Piala Konfederasi di Rusia.

Rudiger menyertai Roma selepas meninggalkan Stuttgart pada 2015 dan perpindahannya itu memberi rangsangan untuk Chelsea selepas kecewa mendapatkan penyerang Everton, Romelu Lukaku yang juga sasaran utama mereka telah menyertai Manchester United.

“Ia satu perasaan yang hebat kerana bukan semua pemain mempunyai peluang untuk menyertai kelab besar seperti ini.

“Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan baharu dan saya sangat berbangga secara rasmi menjadi pemain Chelsea.” kata Rudiger kepada laman web kelab itu.