United turut menggunakan klausa pembelian semua di dalam pejanjian melibatkan pemain antarabangsa Belgium itu.
Januzaj bersetuju dengan kontrak lima tahun bersama The Basque dan akan diperkenalkan secara rasmi pada sesi latihan pertamanya bersama kelab itu.
“Terima kasih kepada barisan jurulatih dan kakitangan di Manchester United yang menjadikan kelab itu hebat.
“Malang sekali, masa saya bersama kelab itu sudah berakhir dan saya tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab ini tetapi saya sentiasa akan menyayangi Manchester United,” kata Januzaj di laman Instagram.
Januzaj membuat penampilan sulung bersama United pada 2013 semasa di bawah kendalian David Moyes dan menjaringkan dua gol ketika menentang Sunderland.
Tetapi dia gagal menyerlah dan hanya menjaringkan lima gol dalam 66 penampilan bersama United sebelum dipinjamkan ke Borussia Dortmund dan Sunderland.