Walaupun Villa kini beraksi dalam liga Divisyen Dua, pelantikan Terry, 36, menggantikan James Chester itu dilihat usaha Villa untuk memanfaatkan pe­ngalaman yang ada pada pemain pertahanan tersebut yang ha­nya menandatangani kontrak setahun sahaja awal bulan ini.

“Aston Villa dengan tulus hati mengumumkan John Terry sebagai ketua pasukan untuk musim 2017/18,” kata kelab itu dalam laman sesawangnya.

Terry memakai lilitan lengan hitam buat kali pertama apabila Villa beraksi dalam satu perlawanan persahabatan pra musim menentang kelab Divisyen Tiga, Shrewsbury Town.

Bekas pemain pertahanan antarabangsa England itu meninggalkan Chelsea hujung musim lalu selepas menabur bakti selama 22 tahun di Stamford Bridge, tempat di mana dia pernah mengecapi kejayaan menjuarai liga perdana seba­nyak lima kali, Piala FA lima kali dan Liga Juara Juara Eropah sekali pada 2012.