Sebelum ini, pengarah teknikal Barca, Robert Fernandez, menegaskan bahawa gergasi LaLiga itu tidak menerima tawaran untuk pemainnya dan tiada siapa yang berada di pasaran untuk memenuhi klausa pelepasan yang dimasukkan ke dalam kontrak baru Neymar yang ditandatangani Oktober lalu.
Bagaimanapun, laporan bahawa PSG bersedia membuat perpindahan sensasi tetap berterusan, dengan akhbar harian Catalan, Sports, mendakwa penasihat Neymar percaya sudah tiba masanya untuk pemain berusia 25 tahun itu keluar daripada bayangan Lionel Messi di Camp Nou.
Sekiranya PSG dapat mengikat Neymar, maka dia bakal menyertai rakan senegaranya, Dani Alves, Thiago Silva dan Lucas Moura di kelab liga Perancis tersebut.