Pengesahan itu dilakukan sendiri oleh Conte, yang membantu Chelsea menjuarai liga musim lalu dan kini dalam persiapan bagi membawa pasukannya melakukan siri jelajah pramusim di Asia.

“Saya sangat gembira apabila menandatangani kontrak baharu dengan Chelsea. Kami bekerja keras dalam tahun pertama bagi mencapai sesuatu yang luar biasa dan itu membuatkan saya bangga.

“Kini, kami perlu bekerja lebih keras untuk kekal berada di atas,” kata Conte menerusi kenyataan di laman web rasmi Chelsea.

Chelsea bersetuju dengan tawaran 9 juta pound (RM50.2 juta) setahun susulan Conte melakukan pasaran perpindahan pemain bernilai lebih 74 juta pound (RM413.14 juta).

Conte sebelum ini dibayar 6.5 juta pound (RM36.28 juta) setahun.

Kenaikan besar itu menjadikan beliau sebagai pengurus yang mendapat bayaran paling tinggi dalam sejarah The Blues.