Masa depan bintang Jerman itu berada dalam keadaan samar pada musim perpindahan kali ini dengan The Gunners bimbang akan kehilangannya secara percuma pada tahun hadapan.

Ozil merupakan antara pemain utama Arsenal sejak dibeli pada 2013 daripada Real Madrid dengan harga 42 juta pound (RM233.52 juta) dan sudah pasti The Gunners akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkannya di Emirates.

Daily Mirror mendakwa, proses perbincangan itu menyaksikan Arsenal cuba meyakinkan Ozil untuk menerima kontrak baharu dengan tawaran gaji yang lebih baik berbanding ketika ini.