Bintang Chile itu kini berada di kampung halamannya bercuti dan diberikan masa cuti tambahan selepas terlibat dengan aksi Piala Konfederasi tetapi akan pulang ke England, hujung minggu ini.

Menurut akhbar The Telegraph, Sanchez dijadual bertemu Wenger pada hari pertama sesi latihan pra musim dan dia akan menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu.

Wenger menegaskan bahawa Sanchez tidak akan dijual meskipun bintang Chile itu tidak menyatakan hasratnya secara terus untuk meninggalkan kelab itu.