Pemain termahal dunia itu tidak mahu ketinggalan mencetak nama apabila melengkapkan kemenangan 3-0 PSG ke atas Guingamp dalam perlawanan kedua Ligue 1 di Stadium Roudourou, hari ini.
Neymar kemudian dianugerahkan pemain terbaik perlawanan susulan menyumbat jaringan, selain membantu gol kedua yang disempurnakan Edinson Cavani selepas pertahanan Guingamp Jordan Ikoko menjaringkan gol sendiri pada awal babak kedua.
“Saya sangat gembira dengan trofi (pemain terbaik perlawanan) ini. Tetapi apa yang paling penting adalah kemenangan. Pasukan bermain dengan baik dan saya juga bermain dengan baik.
“Saya sedar amat sukar untuk meninggalkan Barcelona, namun saya sangat gembira berada di sini. Sebab ramai yang berpendapat, meninggalkan Barcelona karier anda akan berkubur.
“Namun saya lebih bersemangat daripada biasa. Saya sungguh gembira dan bola sepak tetap sama,” kata pemain berusia 25 tahun itu.
Neymar, yang menandatangani dari Barcelona pada minggu lepas, terlepas aksi pembukaan PSG di Parc des Princes menentang Amiens ekoran dalam proses melengkapkan dokumen perpindahan.
Pemain kebansgaan Brazil itu dibeli dengan rekod tertinggi dunia bernilai 222 juta euro (RM 1.13 bilion), dia memulakan aksi di sayap kiri pada perlawanan yang berlangsung di bardar kecil di Brittany.