Amir memberitahu, segala masalah kewangan termasuk dana untuk memulakan musim hadapan serta hutang yang tertunggak sudah ada dalam perkiraannya.
“Sekiranya terpilih menerajui Kafa, kita akan memulakan musim hadapan tanpa ada masalah kewangan. Jumlah dana untuk memulakan musim baharu dan hutang tertunggak semuanya sudah ada dalam perkiraan saya.
“Kita mahu penyokong berbangga dengan pasukan The Red Warriors (TRW) seperti sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Amir berkata, beliau mengharapkan kerjasama dari semua pihak yang terlibat tanpa meletakkan sebarang syarat jika hasratnya itu tercapai.
“Saya hanya mahu kerjasama dari semua pihak termasuk pengurusan, penaja, pemain dan penyokong,” katanya.