Presiden Kafa perlu minat sukan

By
Updated: August 22, 2017

KOTA BHARU 22 Ogos – Calon yang ingin merebut jawatan No. 1 dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) perlu mempunyai minat mendalam dalam sukan itu.

Bekas Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tidak mahu individu yang bakal memegang tampuk pentadbiran badan tersebut hanya sekadar memikirkan publisiti serta perniagaan semata-mata.
“Perlu di ketahui tanggungjawab Kafa tidak hanya pada pasukan utama sahaja. Skuad Piala Presiden, Piala Belia, ahli gabungan, futsal, bola sepak wanita dan sebagainya perlu diberikan.

“Kafa memerlukan bajet tahunan tidak kurang daripada RM12 juta atau RM1 juta untuk sebulan.

“Saya percaya tokoh-tokoh yang menawarkan diri mampu melaksanakan tanggung jawab itu,” katanya menerusi hantaran dalam facebook miliknya hari ini.