UALA LUMPUR 28 Ogos – Peminat bola sepak yang gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 di antara Malaysia dan Thailand esok, boleh menonton perlawanan tersebut di panggung wayang TGV yang terpilih dengan percuma.
Perkara itu diumumkan di laman Facebook panggung itu sebentar tadi.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan tempat perlu mendaftar di laman sesawang http://bit.ly/TGV-SEAGames-Footy-Finals.