Muhammad Nasir yang juga Timbalan Pengerusi Karangkraf berkata, tawaran tersebut dibuat selepas jawatan Presiden badan induk itu kosong apabila Tan Sri Annuar Musa meletakkan jawatan.

“Berdasarkan kepada pengalaman yang ada bersama Kafa sebelum ini, saya berpandangan amat wajar untuk menawarkan diri bagi jawatan tersebut.

“Pengalaman ini memberikan sedikit kelebihan kepada saya untuk bekerja sekiranya diberikan ruang dan peluang untuk berbuat demikian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain Muhammad Nasir, Pengasas Vida Beauty Datuk Seri Hasmiza Othman dan Presiden Kumpulan Secretleaf Internasional Sdn. Bhd Amir Ramadzan Ibrahim turut menawarkan diri untuk jawatan tersebut.