Ketua Pegawai Operasi LBR, Azman Ibrahim berkata, hal ini kerana peluang bakat-bakat baru itu untuk mewakili daerah lebih cerah berbanding negeri.
“Jadi mereka gunakan platfrom LBR ini untuk membuktikan kehebatan dan seterusnya membuka mata pihak berkenaan untuk menilai bakat yang dimiliki oleh pemain khususnya dari kawasan pendalaman.
“Perkara itu dibuktikan oleh LBR Gua Musang apabila mereka berjaya merangkul kejuaraan. Ini menunjukkan pemain dari kawasan pendalaman mempunyai potensi besar jika diberikan peluang untuk bermain pada aksi kompetetif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar aksi pembukaan LBR Musim 2017-2018 antara juara bertahan Gua Musang dengan Setiu Tiger FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.
Perlawanan tersebut akan diadakan esok.
Azman memberitahu, beraksi di LBR turut memberikan keyakinan kepada pemain untuk mendapat pendedahan sebelum beraksi ke peringkat lebih tinggi.
Katanya, apa yang membanggakan ada beberapa pemain LBR sudah dipancing untuk beraksi dalam saingan Piala FAM, Liga Perdana dan Liga Super.