Updated: September 15, 2017
LONDON 15 Sept.- Arsenal mempamerkan kebangkitan untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas Cologne menerusi aksi Liga Europa, awal pagi tadi yang berlangsung lewat selepas tertangguh kira-kira sejam susulan kekacauan penonton.
Perlawanan pembukaan Kumpulan H di Emirates itu terpaksa ditangguhkan susulan kebimbangan keselamatan penonton yang dicetuskan ribuan penyokong Cologne sewaktu tiba ke stadium tanpa tiket malah pihak polis mengesahkan empat tangkapan dibuat sebelum sepak mula.
Dalam perlawanan tersebut pasukan pelawat terlebih dahulu mendapatkan jaringan menerusi Jhon Cordoba sewaktu minit kesembilan sekali gus menguasai perlawanan ketika separuh masa pertama.
Arsenal dilihat mula mempamerkan kebangkitan menerusi jaringan penyamaan Sead Kolasinac sewaktu minit ke-49 sebelum Alexis Sanchez meledak gol kedua minit ke-67 dan Hector Bellerin ketika minit ke-81.