Beliau berkata, belum tiba masanya untuk Kelantan mengibarkan bendera putih kerana masih lagi mempunyai baki satu perlawanan sebelum saingan Liga Super menutup tirainya musim ini.

Menurutnya, keajaiban mampu berpihak kepada pasukan itu sekiranya barisan pemain terus fokus dalam perlawanan terakhir menentang Melaka nanti.

“Saya harap pemain tidak mudah putus semangat walaupun gagal meraih kemenangan ke atas PKNS FC.

“Ini bukan penamatnya buat Kelantan dan saya tetap optimis kita boleh kekal di Liga Super jika berjuang habis-habisan seterusnya menang dengan Melaka nanti,” katanya di sini hari ini.

Pada perlawanan menentang PKNS FC, ketumpulan jentera penyudah menyaksikan Kelantan kempunan meraih kemenangan pada aksi malam tadi.

Keputusan seri itu menyaksikan Kelantan meniti laluan sukar untuk kekal di Liga Super turun satu anak tangga berada di kedudukan ke-11 dalam carta.