Pemain berusia 23 tahun itu akan terlepas dua aksi terakhir kelayakan Piala Dunia menentang Macedonia dan Albania serta kemungkinan aksi playoff pada pertengahan November.

Belotti yang memiliki empat gol daripada 11 perlawanan bersama Itali dan lima gol dalam lapan perlawanan bersama Torino musim ini mengalami kecederaan itu semasa terikat seri 2-2 dengan Verona, kelmarin.

Selain Belotti, tali turut kehilangan khidmat Marco Verratti, Lorenzo Pellegrini dan Daniele De Rossi.

Pengendali Itali, Giampiero Ventura sudah memanggil penyerang Chievo, Roberto Inglese; pemain Inter Milan, Roberto Gagliardini; pemain Cagliari Nicolo Barella dan pemain Atalanta, Bryan Cristante.