The Azzurri kini berada di belakang Brazil yang memiliki lima kejuaraan selepas muncul juara pada 1934, 1938, 1982 dan 2006.
“Identiti baharu FIGC melengkapkan proses pembaharuan yang bermula tiga tahun lalu, kami memandang ke hadapan dengan menghargai sejarah kami.
“Logo baharu ini lebih memberi tumpuan kepada empat bintang kejuaraan dunia kerana ia melambangkan kebanggaan seluruh negara,” kata presiden FIGC Carlo Tavecchio.
Logo berkenaan turut mempamerkan perkataan Italia dan menampilkan reka bentuk lebih moden berbanding lambang yang diperkenalkan selepas kejayaan Piala Dunia 2006.