Keputusan itu bermakna Messi dan pasukannya perlu menang dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018.

Meskipun mendominasi permainan di bahagian serangan namun Argentina gagal menghasilkan gol di hadapan penyokong mereka yang digelar La Bombo­nera. Argentina bagaimanapun tidak banyak melakukan kesilapan dalam perlawanan itu yang menyaksikan mereka terikat de­ngan keputusan seri buat kali ketiga berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Keputusan itu meletakkan Argentina di kedudukan keenam kumpulan Amerika Selatan. Pu­singan akhir Piala Dunia akan berlangsung di Rusia tahun depan.

Empat pasukan teratas akan layak secara automatik manakala pasukan di kedudukan kelima akan bermain dalam playoff menentang New Zealand November ini.

Keputusan seri itu meletakkan Argentina dalam keadaan getir untuk perlawanan terakhir kumpulan kerana mereka hanya dipisahkan oleh dua mata de­ngan pasukan di kedudukan ketiga Chile dan Paraguay di kedudukan ketujuh.

Kesemua pasukan berpeluang untuk meraih slot automatik dan perlu bergantung kepada keputusan perlawanan lain.

Perlawanan terakhir akan menyaksikan Argentina berdepan Ecuador di Quito.

Argentina memiliki rekod buruk di ibu negara Ecuador itu, tewas dua daripada tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia dan seri sekali. Kali terakhir mereka tewas dalam perlawanan kelayakan di Quito adalah pada 2001.