Ketika ini United terus kekal dengan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan musim ini selepas meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Benfica sewaktu aksi Kumpulan A, Liga Juara-Juara di Lisbon, awal pagi tadi.

Mourinho dihujani pelbagai kritikan atas gaya permainan bertahan yang sering digunakan terutama ketika seri 0-0 di Anfield menentang Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu.

“Saya baca banyak laporan di akhbar tentang corak permainan digunakan United iaitu secara bertahan dan ia seolah-olah satu kesalahan jenayah tetapi sebenarnya bukan.

“Kami mengawal perlawanan dengan bermain secara bertahan dan ada juga serangan balas dilakukan pasukan,” kata Mourinho.

Dalam perlawanan di Lisbon, gol kemenangan United diperoleh menerusi Marcus Rashford sewaktu minit ke-64.

Kemenangan United itu membolehkan skuad bimbingan Mourinho selangkah untuk layak ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara.