Conte berkata, pertandingan Piala Liga memberi peluang kepadanya untuk memberi pendedahan kepada pemain muda dan bagus untuk pembangunan karier pemain berkenaan.
Conte merehat pemain utama selepas mencatatkan kemenangan 4-2 ketika menentang Watford pada Liga Perdana Ahad lalu, sebaliknya menurunkan Ethan Ampadu berusia 17 tahun bersama dengan pemain Brazil Kenedy dan Charly Musonda.
Ampadu yang pertama kali membuat penampilan dan Kenedy pula pertama kali bermain sepenuh masa, manakala Musondo dimasukkan pada minit ke-70.
“Saya gembira – saya lihat banyak perubahan positif – prestasi pemain muda. Charly Musonda, Kenedy, Ampadu – dia baru berusia 17 tahun – mereka membuktikan sebagai pemain yang sangat bagus,” kata Conte selepas perlawanan semalam.