Koeman melihat penyerang mereka Romelu Lukaku berhijrah ke Manchester United dengan nilai 90 juta pound (RM505.36 juta) tetapi sudah bersedia untuk membawa masuk penyerang Arsenal itu bagi menggantikan Lukaku.
Bagaimanapun, Giroud membuat pusingan U pada saat-saat akhir dan Koeman mengakui, masa depannya tidak akan panjang menjelang aksi musim baharu.
Pengendali Belanda itu dipecat Isnin lalu dan memberitahu akhbar Mirror: “Olivier Giroud ada di dalam bangunan. Dia akan menjadi pengganti sesuai tetapi pada saat-saat akhir dia memutuskan untuk kekal di London bersama Arsenal.
“Ia sesuatu yang sukar untuk diterima. Beritahu saya, di mana saya boleh mendapatkan penyerang yang baik?
“Lukaku sangat penting untuk kami, bukan sekadar gol sahaja. Dia ada cara tersendiri menjadi penyerang. Dia boleh mengawal bola, dia sentiasa melihat bola dan sangat pantas.
“Sekiranya ada masalah sebelum berada di dalam perlawanan, jika kami tidak boleh bermain dengan cara biasa, kami masih boleh menghantar bola jauh kepadanya.
“Apabila Giroud mengubah fikirannya, kami kehilangan pemain penting.
“Nikola Vlasic dan Wayne Rooney, penyerang kami yang mahu bola berada di kaki mereka.
“Apabila awak bergelut sebagai pasukan yang tidak boleh merancang serangan dari bawah dan tiada peluang melakukan hantaran jauh, awak tahu awak berdepan dengan masalah besar,” katanya.