Dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC hari ini mendapati sekumpulan penyokong skuad kebangsaan telah melanggar Artikel 58.1 (Diskriminasi), dibaca dengan Artikel 65.1 (Tingkah Laku Penonton).
“FAM didenda sebanyak AS$30,000 (RM127,000) untuk tingkah laku penyokongnya dalam perlawanan bola sepak lelaki di Sukan SEA pada 14 Ogos 2017, antara Malaysia dan Brunei, serta Singapura dan Malaysia (16 Ogos 2017),” maklum AFC dalam satu kenyataan di sini hari ini.