Portal Goal.com melaporkan, bonus tersebut diberikan oleh pemilik kelab bagi meraikan kejayaan pasukan tersebut layak ke Liga 1 China musim hadapan, setelah mengalahkan pasukan Shenzen Ledman dalam perlawanan play-off dengan keputusan aggregat 3-1.
Gambar para pemain bersama bonus mereka itu mula tersebar di media sosial sejak malam tadi, dan turut dikongsikan di akaun twitter Liga 2 China, @Chinaleaguetwo.
Pasukan tersebut yang menampilkan hanya pemain tempatan tanpa aksi pemain import, berpangkalan di wilayah Guangdong.
Pemegang saham terbesar pasukan itu adalah firma Shenzhen Tiehan Ecological Environment Co., Ltd, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kejuruteraan dan pembinaan.
Kuasa wang kelab bola sepak di China bukan satu rahsia, dengan kemampuan mereka untuk menarik pemain dan jurulatih ternama seperti Axel Witsel, Carlos Tevez, Marcello Lippi dan Sven-Göran Eriksson yang beraksi dalam Liga Super China, bagi memeriahkan arena bola sepak tempatan.