Skuad bimbingan Bojan Hodak yang menghuni tempat kelima dalam carta naib johan kumpulan terbaik setelah mengumpul tiga mata, sekali gus mengiringi empat pasukan lain iaitu Iraq, Thailand, Korea Utara, Taiwan yang mana mereka turut sama berada dalam carta tersebut.

Semalam, Malaysia tewas 0-3 kepada juara 12 kali yang juga tuan rumah bagi peringkat Kumpulan F, Korea Selatan di Stadium Awam Paju, di sana, dengan jaringan tiga gol dalam separuh masa pertama menerusi Um Won-sang, Kim Jung-min dan Cho Young-wook.

Malaysia muncul naib johan kumpulan selepas mengutip sembilan mata, manakala Korea Selatan, juara (12 mata), sekali gus mengiringi tuan rumah Kejohanan AFC B-19, Indonesia ke pertandingan tersebut, yang akan berlangsung pada 18 Oktober hingga 4 November 2018.