Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu nakal menerima kunjungan Feyenoord pada awal pagi esok (waktu Malaysia) mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang 18 perlawanan dalam semua kejohanan dan kini sedang berusaha untuk menjuarai Liga Juara-Juara, trofi yang tidak pernah dimenangi oleh City.
Kehebatan City diakui oleh jurulatih Napoli, Maurizio Sarri dan pengendali Leicester City, Claude Puel yang memilih The Citizens sebagai pasukan terbaik di Eropah. Namun, Guardiola cuba merendah diri meskipun pasukannya sudah layak ke peringkat kalah mati.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka. Manchester City masih perlu berusaha untuk melakar sejarah dalam bola sepak Eropah dengan menjuarai trofi.
“Itu bukan bermaksud kami pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Juara-Juara cuma kami perlu memastikan semua perkara berada dalam keadaan sepatutnya.
“Bagaimanapun, sudah jelas orang sering berkata pasukan pilihan adalah Barcelona, Bayern Munich, Real Madrid dan lain-lain.
“Mereka meletakkan kami di sana dan satu penghargaan. Itu bukan bermaksud kami sudah melakukan sesuatu kerana kami belum melakukannya lagi,” kata Guardiola.
Guardiola kehilangan khidmat pertahanan England, John Stones selama enam minggu dan kapten, Vincent Kompany yang turut mengalami kecederaan. Berbaki 13 perlawanan bermula awal pagi esok hingga menentang Watford di tempat lawan pada 2 Januari depan, Guardiola percaya pasukannya itu berdepan ujian terbesar pada musim ini.
“Kami tidak mempunyai skuad yang besar. Keadaan menjadi sukar apabila kami kehilangan Vincent Kompany selama sebulan setengah dan sekarang John Stones. Untuk memenangi trofi kami perlukan kesemua skuad ini terutamanya pemain penting seperti John dan Vinny.
“Daripada sudut lain, kami ada peluang. Kami perlu bermain12 perlawanan dalam tempoh yang singkat (hingga hujung 2017) dengan tiga pertahanan tengah dan seorang lagi dalam keadaan berisiko,” katanya lagi.