Roberto Firmino menjaringkan dua gol dan menyaksikan skuad kendalian Jugen Klopp hampir pasti ke pusingan kalah mati buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun dan menamatkan saingan di kedudukan peringkat kumpulan di kedudukan teratas khususnya selepas Sadio Mane meledak jaringan ketiga.

Bagaimanapun harapan The Reds untuk mengesahkan slot lebih awal tidak kesampaian selepas Wissam Ben Yedder meledak dua gol sebelum Pizzaro melengkapkan jaringan ketiga pada minit-minit akhir permainan untuk memastikan rekod tanpa kalah mereka di laman sendiri.

“Babak pertama yang sangat baik tetapi kami banyak buat kesilapan di separuh masa kedua kami seolah-olah tidak bermain bola sepak.

“Kami perlu mengawal perlawanan dengan bola tetapi kami tidak bermain bola sepak dengan betul.

“Kami menjadi pasif, mereka menjaringkan gol pertama dan suasana di sana berubah, sekali gus memberikan mereka semangat baharu,” kata Klopp.

Kedua-dua pasukan berada di landasan terbaik untuk ke saingan kalah mati dengan Liverpool masih lagi mendahului kedudukan Kumpulan E dengan sembilan mata manakala, Sevilla di kedudukan kedua dengan lapan mata dan Spartak Moscow di tempat ketiga dengan enam mata.