Dalam perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu, Buffon bertindak menanggalkan seluar pendeknya dan membalingnya ke arah penonton.
Tindakan itu dilakukannya selepas dia memeluk bintang Barcelona, Ivan Rakitic selepas tamat perlawanan.
Barcelona mara ke saingan kalah mati selepas perlawanan itu manakala Juventus berada di kedudukan kedua kumpuan dan hanya akan mengesahkan slot ke saingan 16 pasukan terbaik seandainya menang ke atas Olympiakos pada 5 Disember ini.
“Hanya satu mara diraih tetapi ia merupakan keputusan yang baik.
“Ini merupakan satu penghormatan untuk beraksi menentang juara yang hebat, sama seperti Ivan Rakitic,” katanya menerusi laman Twitter.