LONDON 27 Nov. – Romelu Lukaku berkemungkinan besar terlepas aksi menentang Manchester City bulan hadapan sekiranya Persatuan Bola Sepak England (FA) mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan ke atasnya selepas bertidak menentang Gaetan Bong.
Dalam satu rakaman video, penyerang United itu dilihat menentang pertahanan Brighton itu sebanyak dua kali di bahagian pangkal paha dalam tempoh beberapa saat ketika mereka bertembung semasa aksi Liga Perdana Inggeris.
Insiden itu bagaimanapun gagal dikesan pengadil Neil Swarbick tetapi FA akan menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan Lukaku berdepan risiko terlepas aksi menentang Arsenal di Old Trafford dan City.
FA akan melihat laporan Swarbick tetapi pada masa sama sudah melihat rakaman awal insiden itu dan mereka akan menilai lebih banyak rakaman sebelum memutuskan tindakan yang akan dikenakan.
Penggantungan tiga perlawanan sudah pasti akan menyaksikan Lukaku terlepas aksi penting menentang City pada 10 Disember ini.