La Union, sebuah bandar paling hampir dengan lokasi kejadian di kawasan pergunungan Medellin, Colombia, telah menjadi tuan rumah bagi upacara peringatan tersebut.

Nama para pemain dan staf pasukan yang terkorban, telah dibacakan dalam nada yang kuat di sekitar bandar berkenaan.

Kemalangan yang mengorbankan 71 daripada 76 penumpang itu menaiki pesawat milik Bolivia, LaMia. Pasukan tersebut kehilangan hampir kesemua pemain mereka dan barisan jurulatih. Hanya tiga orang pemain yang terselamat.

Siasatan yang dijalankan mendapati kemalangan tersebut berpunca daripada kapal terbang yang kehabisan bahan api dan membawa bilangan penumpang terlalu ramai.

“Kegemilangan itu sudah berakhir. Tragedi yang berlaku telah memusnahkan impian mereka,” kata Presiden Atletico Nacional, Andres Botero, kelab Colombia yang dijadualkan bertemu Chapecoense pada perlawanan akhir Copa Sudamericana, tahun lalu.

Plug peringatan telah dilancarkan di dataran bandar tersebut sebagai sebahagian daripada aktiviti upacara peringatan yang turut menyaksikan orang ramai berhimpun dan jet pejuang Tentera Udara Colombia melakukan lintasan hormat di tapak kemalangan pesawat itu terhempas.