Kedua-dua bintang Chelsea yang beraksi untuk Belgium itu, menjadi ancaman terbesar England pada Piala Dunia, musim panas tahun depan, tetapi sebaik pertandingan itu berlangsung nanti, Courtois hanya memiliki baki setahun kontrak, manakala Hazard mempunyai dua tahun kontrak.
Baik Hazard mahupun Courtois, mereka bakal menjadi tumpuan kelab-kelab ternama dunia jika kedua-duanya menyinar di Rusia.
Perjanjian baharu kedua-dua pemain berkenaan telah diperkatakan sejak kebelakangan ini, selepas menyaksikan Hazard meledakkan dua gol sewaktu menentang Newcastle di Stamford Bridge, Sabtu lalu, dan Conte mahu perkara tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.