ATBTR yang merupakan pasukan di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara berjaya mengetepikan saingan mereka dan seterusnya memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.

Kira-kira 600 pemain termasuk pasukan bolasepak wanita dari Singapura dan Thailand bertanding pada festival ini yang berlangsung selama dua hari.

Untuk kategori bawah lapan dan 10 tahun disertai 10 pasukan, manakala untuk kategori bawah 12 dan 15 tahun disertai lapan pasukan.

Bagaimanapun kejayaan ATBTR tidak mudah, malah perlu berusaha keras sehingga ke perlawanan terakhir kerana format kejohanan Liga Festival Shoot memerlukan daya ketahanan mental dan taktikal yang betul.

Bagaimanapun selepas tamat saingan, tiga pasukan teratas liga berkongsi mata yang sama.

Sehubungan itu juara ditentukan berdasarkan kepada pasukan yang mengumpul jumlah jaringan yang banyak dan jaringan balas paling sedikit.

ATBTR yang dilatih oleh Syafiq Zainal dipilih sebagai juara setelah berjaya menjaringkan 34 gol dan bolos enam gol. Pasukan Inspire dari Negeri Sembilan di tempat kedua dengan 32 jaringan dan bolos tujuh gol, sementara ketiga milik FCKL yang menjaringkan 22 gol dan bolos enam.