Pemain tengah, Bonaventura menjaringkan gol pembukaan pada awal permainan sebelum Simone Verdi menyamakan kedudukan, tetapi dia kembali meletakkan Milan di depan untuk jaringan kemenangan 14 minit sebelum perlawanan berakhir.

Kemenangan itu amat diperlukan Gatusso selepas dia memulakan tugasnya selaku jurulatih, hujung minggu lepas dengan Milan menjadi pasukan pertama gagal menewaskan Benevento, musim ini, apabila penjaga gol, Alberto Brignoli menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

Milan kini melonjak ke tangga ketujuh dalam carta Serie A, tetapi keciciran 11 mata daripada pasukan yang berada di kelompok empat terbaik.