Amierul yang beraksi dalam pu­singan kelayakan kejohanan tersebut di Thailand pada Julai lalu mengakui berasa kecewa selepas namanya digugurkan namun sebagai pemain profesional dia menerima keputusan jurulatih skuad B-22 negara Kim Swee dengan hati terbuka.

“Sudah pasti perasaan kecewa itu ada sebab sebelum ini saya tidak mendapat tempat (dalam skuad) Sukan SEA 2017 pada Ogos lalu, namun saya kena ambil daripada sudut positif kerana jurulatih tentunya telah memikirkan dalam membuat pilihan terbaik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kim Swee turut menggugurkan Sean Eugene Selvaraj dari Selangor dan Danial Ashraf Abdullah (Kelantan) yang mengalami kecederaan.

“Selepas mengambil kira semua faktor, satu keputusan yang amat sukar untuk saya lakukan. Saya terpaksa menggugurkan Amierul Hakimi dan Sean Eugene bagi melengkapkan senarai 26 pemain ke Korea Selatan,” kata Kim Swee.