Ekoran daripada status itu, kebanyakkan pengguna Twitter di seluruh dunia mempersoalkan tindakan pemain berusia 26 tahun itu dengan ada yang menyifatkannya sebagai perkauman.

Griezmann pada mulanya bertindak membalas kritikan tersebut dengan berkata: “Bertenang kawan-kawan, saya peminat Harlem Globetrotters dan era hebat ini … Ini penghormatan.”

Namun, dia akhirnya akur dengan kesalahan itu dan membuat permohonan maaf selepas itu.

“Saya sedar bahawa ia tidak sensitif di pihak saya. Jika saya menyinggung perasaan sesetengah orang saya minta maaf,” katanya.