Skuad bimbingan Guardiola itu membelasah Bournemouth 4-0 untuk mencatat kemenangan ke-17 berturut-turut, menyaksikan rekod kedua pasukannya dalam kelompok empat terbaik liga Eropah, di mana sebelum ini dia pernah lakukannya di Bayern Munich sewaktu mengendalikan kelab gergasi Jerman itu.

City meneruskan perebutan empat kejuaraan musim ini, dengan pada ketika ini mereka berkelebihan dalam jadual padat pada Hari Natal.

Oleh sebab itu, pengendali City Guardiola lebih berminat untuk memastikan pemainnya mengekalkan gaya permainan berbanding mencipta rekod baharu.

“Saya tidak fikir keletihan menjadi masalah. Ia mungkin berlaku tetapi saya mempunyai cukup pemain.

“Gabriel (Jesus) tidak diturunkan ketika menentang Bournemouth kerana dia telah beraksi selama 120 minit sewaktu berdepan Leicester (dalam kempen Piala Liga).

“Dia merupakan pejuang terbaik dalam gaya permainan menyerang, yang belum pernah saya lihat dalam hidup saya. Dia banyak membantu kami.

“Danilo, Bernardo, (Ilkay) Gundogan kesemuanya membantu City ketika berdepan Bournemouth. Kami mempunyai Yaya (Toure).

“(Oleksandr) Zinchenko dinobatkan selaku pemain terbaik sewaktu bertemu Leicester dan dia tidak akan diturunkan dalam aksi menentang Bournemouth.

“Sudah tentu dalam tempoh sebegini saya akan turunkan pemain saya secara bergilir-gilir. Ada perlawanan dalam setiap empat hari.

“Semua orang yang sudah bermain pada perlawanan terdahulu akan diturunkan pada perlawanan berikutnya,” kata Guardiola.