Pemain berusia 25 tahun itu yang menyertai Liverpool dari kelab Itali, Roma selepas berakhir musim lalu, telah meledak 21 gol dalam semua pertandingan untuk skuad kendalian Jurgen Klopp, sekali gus berkongsi kedudukan teratas senarai penjaring Liga Perdana Inggeris bersama pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane.
“Saya ingin memenangi gelaran di sini. Saya datang ke sini untuk menjulang kejuaraan, untuk memenangi sesuatu bersama kelab dan juga peminat.
“Saya memang berhasrat memenangi sesuatu di sini. Kami bekerja keras setiap hari demi memenangi gelaran. Saya yakin kami akan menjuarai sesuatu musim ini,” ujarnya.
Salah menjadi antara tonggak penting dalam jentera serangan Liverpool musim ini bersama Philippe Coutinho, Roberto Firmino dan Sadio Mane.
Juara Eropah lima kali, Liverpool yang belum pernah menjulang trofi sejak Piala Liga 2012, kini menduduki tangga keempat Liga Perdana dan bakal melayani kunjungan Swansea di Anfiled, sebelum bertandang ke Porto bagi menghadapi kempen Liga Juara-Juara di peringkat 16 pasukan terakhir.