Kane, 24 tahun memecah rekod Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris selepas melakukan hatrik ketika membantu Spurs meraih kemenangan 5-2 ke atas Southampton, semalam.
Kini Kane sudah meledak 39 gol dalam musim 2017 mengatasi rekod 36 gol yang disempurnakan oleh Shearer pada tahun 1995 ketika beraksi bersama Blackburn Rovers.
“Ini adalah tahun yang sungguh menakjubkan buat saya.
“Setiap tahun perlu ada peningkatan dan itu yang sentiasa saya lakukan dalam karier sebagai penyerang. Pencapaian ini akan saya teruskan pada tahun depan,” kata Kane.