Kemenangan di Anfield itu membolehkan Liverpool kembali semula dalam kelompok empat terbaik pada Boxing Day.

Lima jaringan Liverpool diperoleh menerusi Philippe Coutinho sewaktu minit keenam, Roberto Firmino ketika minit ke-52 dan ke-66, Trent Alexander-Arnold (65’) dan Alex Oxlade-Chamberlain (82’).

Klopp berkata, dia amat gembira dengan pencapaian tersebut malah turut berbangga dengan kesungguhan dipamerkan oleh semua pemainnya.

“Kami tidak begitu baik ketika aksi separuh masa pertama berikutan tidak memanfaatkan peluang menjaringkan dua atau tiga gol dengan baik bagaimanapun prestasi pasukan ketika aksi babak kedua amat menakjubkan.

“Kami bermain dengan begitu baik ketika separuh masa kedua dan hasilnya berjaya mendapatkan kemenangan dengan jaringan 5-0.

“Bagi saya ini bukan satu perlawanan yang mudah dan saya gembira dapat belajar daripada setiap perlawanan,” kata Klopp.