Dalam perlawanan tersebut hantaran daripada Azpilicueta membolehkan Morata menjaringkan gol ke-10 miliknya dalam aksi liga domestik musim ini.
Gol awal Morata menerusi tandukan itu dijaringkan pada minit ke-46 sebelum Marcos Alonso menjadikan kedudukan 2-0 sewaktu minit ke-60.
Prestasi yang dipamerkan oleh Chelsea dalam perlawanan tersebut membuatkan pengurus kelab itu, Conte berpuas hati dalam masa sama gembira melihat kerjasama dipamerkan oleh Azpilicueta dan Morata.
“Dia (Azpilicueta) amat bagus dalam aksi hari ini namun dia juga perlu cuba untuk menjaringkan gol.
“Seperti yang anda tahu Azpilicueta adalah pemain pertahanan dan dia mempunyai kelebihan tersendiri.
“Saya berpendapat dalam aksi hari ini mereka berdua (Azpilicueta dan Morata) mempunyai keserasian yang amat bagus.
“Ini juga bukan kali pertama mereka bekerjasama bagi mendapatkan jaringan.
“Morata perlu belanja makan malam Azpilicueta bukan sekali sahaja tetapi beberapa kali dan jika mereka menjemput saya, pasti saya akan datang,” kata Conte.